BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 25 January 2014



Nama mak ayah aku bagi kat aku NURHANIS BINTI ABDUL RAZAK . Aku lahir kat HOSPITAL SUNGAI PETANI . Anak jati kedah nie . Aku anak ke dua dari tiga beradik ja . aku ada abang dengan adik . Aku anak tunggal perempuan . Ayah aku nama ABDUL RAZAK BIN HASHIM . Mak aku pulak nama ROHANI BINTI AHMAD . rindu kat family aku . huhu . galak ! Aku suka makan , kawan-II aku suka marah sebab aku kuat makan.. hehehe , Favourites aku BIHUN SUP  , sedapnya ! huhuhu . Aku suka p jalan-II , Suka p shoping , pantang tengok kasut mesti aku nak beli . hehe ,mak aku suka marah . Abg aku pulak nama dy AHMAD FAIZ n adik aku had laz nama dy AIMAN FAHMI . Aku nie kasaq oqangnya tapi hati aku lembut ! hahaha werkk ! nk muntah . aku ada membe qapat ak nie nma dy SYUD A.K.A SYUKADAK A.K.A MARIAM . Tiap ary gdoh ngn dy mcm tom n jerry . hahaha , tp dy bek , dy bnyk tlong aku , bnyk sedaq kan aku n bnyak ajaq aku erti kehidupan . makasih weyh ! ak ada g sowg membe gila ak nama dy DILA A.K.A TAM pgl tam sbb dy kata dy itam qengtong ! hahaha katanya , dy nie gila oqngnya tp bguih ckit larh . hahaha jngn mrah !

..MY FAMILY..



Wednesday, 8 January 2014



SAHABAT SEJATI.. 


Sahabat
Darimulah ku temukan erti sebuah persahabatan
Engkau hadir temani hari-hariku
Saat sedih maupun bahagia
Lalui hari bersamamu
Ingatlah kala itu sahabat
Aku bergelak tawa bersamamu
Namun apa kebersamaan ini terus  berjalan?
Akankah kita kan selalu bersama?
Persahabatan kala bersamamu
kan selalu tersimpan di benakku
Namun kini aku dan dirimu terpisah oleh waktu
Janji yang pernah kita ucapkan di masa lalu
kan terus teringat dalam ingatanku
Ingatlah wahai sahabat ku selalu mengenangmu
Tentang semua kebersamaan itu
Andai kau tahu sahabat harapanku tuk tetap bersamamu
Namun semuanya tlah jadi kenangan terindah bagiku sahabat

Monday, 6 January 2014

Ustaz Kazim Elias - Banyaknya Nikmat Allah



AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR



Dari Anas bin Malik berkata: Telah berkata Rasulullah SAW,
“Siapa membaca selawat padaku sekali, Allah memerintahkan mendung putih mengambil air dari lautan rahmat. Maka dia ambil, lalu Allah memerintahnya agar menitik. Ketika ia menitik, setiap titikan di atas bumi Allah jadikan emas, yang menitik di gunung dijadikan perak serta yang menitisi orang kafir dijadikan iman.”

Allah SWT berfirman:

Ertinya: “Engkau umat terbaik dikeluarkan untuk manusia..”

                Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia dan seburuk manusia orang yang membahayakan manusia.”

Nabi Musa as berkata:
“Ya Tuhanku, apakah pahala orang yang menyeru saudaranya memerintah yang makruf dan melarang yang mungkar?”

Allah berkata:
“Aku tulis untuknya setiap satu kalimat seperti beribadah setahun dan Aku malu menyeksanya dengan Neraka-Ku.”

Disebutkan oleh Allah SWT:
“Adakah patut kamu suruh manusia kebaikan dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedang kamu membaca Kitab. TIdaklah kamu memikirkannya?”

                “Sesungguhnya Allah punya para pejuang di muka bumi lebih dari para syuhada. Mereka hidup diberi rezeki, dimuliakan Allah dan para malaikat langit menghis Syurga untuk mereka.” Abu Bakar bertanya , “Siapakah mereka?” Rasulullah menjawab, “Orang yang memerintahkan kebiakan melarang kemungkaran serta suka dan benci kerana Allah.”

                Allah berkata, “Hai Musa, adakah engaku telah menyintai wali-Ku dan memusuhi musuh-Ku?” Kemudian tahulah Musa as bahawa amal yang paling utama adalah menyintai Allah dan benci pada musuh kerana Allah.

                Dari Anas bin Malik ra berkata: Kami bertanya, “Ya Rasulullah, bolehkah kami memerintahkan kebaikan sedangkan kami tidak mengamalkan keseluruhannya?” Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya.”

                Badhus Salaf berwasiat kepada anaknya seraya berkata, “Bila kamu hendak amar makruf tanamlah dalam dirimu dengan sabar dan percayalah akan pahala dari Allah. Barangsiapa percaya akan pahala dari Allah tidak akan terkena penyakit.”






MERINDUKAN ALLAH S.W.T 


Diceritakan: “Pada suatu ketika Nabi Isa berjalan-jalan. Beliau berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menyirami tanamannya. Lalu pemuda itu berkata, “Wahai Isa, mintakan aku kepada Tuhanmu agar memberiku rezeki ‘Mahabbah’ kepada-Nya meskipun sebesar biji sawi saja.” Kemudian Nabi Isa berkata, “Engkau tidak akan kuat menerima sebanyak itu.” Pemuda itu mendesak, “Kalau begitu separuh sahaja.” Lalu Nabi Isa berdoa, “Ya Tuhanku berilah dia separuh biji sawi dari Mahabbah-Mu.”

Lalu Nabi Isa segera berlalu. Setelah beberapa lama kemudian, Nabi Isa lalu lagi di tempati itu. Maka dia bertanyakan tentang pemuda tersebut. Tetapi orang-orang berkata, “Dia telah gila dan pergi ke suatu gunung.” Nabi Isa mohon pada Allah agar dapat melihat pemuda itu lagi. Apabila Nabi Isa dapat bertemu dengan pemuda itu diberinya salam tetapi tidak menjawab oleh pemuda itu. Nabi Isa berkata, “Akulah Isa.”

Kemudian Allah member wahyu kepada Isa, “Bagaimana dia dapat mendengar ucapan manusia, jika dalam hatinya ada separuh biji sawi saja dari Mahabbah kepada-Ku. Demi Kemuliaan dan Keagungan-Ku. Kalau engkau kerat dia dengan gergaji nescaya dia tidak akan merasakan sakitnya.”

                Barangsiapa mengakui tiga hal, namun tidak bersih dari tiga hal, bererti dia tertipu. Pertama, mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia. Kedua, mengaku ikhlas beramal, tetapi suka penghormatan manusia kepadanya. Ketiga, dia mengaku cinta kepada Khaliknya, tetapi dia masih perturutkan nafsunya.

                Allahumma Ya Allah, berilah kami rezeki taubat sebelum mati. Ingatkan kami ketika kami lupa. Berilah kami keuntungan akan syafaat Nabi SAW. Amin.

                Ciri-ciri orang mukmin adalah setiap saaat selalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Dia memadai apa yang ada dan sama sekali tidak terpikat pada dunia. Bahkan dia selalu beramal untuk Akhirat dan menyembah Allah dengan ikhlas.




KEUTAMAAN KASIH SAYANG



Rasulullah SAW Bersabda:

"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi orang lain."

Telah Rasulullah SAW bersabda:

"Suatu hari orang berjalan, di tengah jalan dia kehausan apabila terjumpa sumur terus dia turun dan minum. Ketika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan." Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi." Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing itu dan bersyukur kepada Allah sehingga Allah mengampunkan lelaki itu." Mereka berkata, "Ya kepada Rasulullah, adakah pahala bagi kami bila kami berbuat baik pada binatang?" Rasulullah menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya."

Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."





MAHABAH ( CINTA ) KEPADA NABI



Tersebut dalam kisah membawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engakau?” Makhluk itu menjawab, “Dengan membaca selawat kepada Nabi SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:
                “Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”

                Tanda menyintai Allah adalah mengikuti perintah-perintah-Nya, mendahulukan taat kepada-Nya, mencari redha-Nya. Adapun cinta Allah kepada hamba-Nya yang mukmin berti memuji mereka, memberi pahala kepda merkea, mengampuni mereka serta memberi nikmat kepada mereka dengan rahmat, penjagaan dan taufiq-Nya.

                Barangsiapa mengaku cinta akan Syurga namun tidak taat, jelas dia bohong. Siapa mengaku cinta Nabi SAW, namun tidak menyukai ulama dan fuqara, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong.

                Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan selama empat puluh hari. Kalau dibebankan dengan barang yang terlipat kali ganda, tetap dia akan bawa. Ketika hati dia asyik mengingat kekasihnya, maka dia tidak suka makan dan tidak merasa berat dimuati barang berlipat ganda. Itu demi cintanya.

Jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat, apakah engkau telah meninggalkan syahwat yang diharamkan demi kerana Allah? Apakah engkau meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah? Apakah engkau telah beban berat  demi kerana Allah? Bila sedikit pun engkau belum melakukan kebaikan itu, maka pengakuanmu adalah kosong belaka. Tidak berguna di dunia mahupun di Akhirat, di sisi makhluk atau di sisi Khalik.




SABAR DAN SAKIT


“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika kau sakit, janganlah segera menerima sembuh..”


 MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T



Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di Akhirat. Dan barangsiapa aman dengan-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat”

“Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis..”




 TAKUT KEPADA ALLAH


 “Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit baginya.”

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara:
Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir , membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua, pada hatinya. Dia membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadapat sahabatnya. Lantaran, kedengkian dapat menghapuskan kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat”

Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda:

“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka”

Kelima, pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi hanya mempergunakannya untuk taat kepada Allah.

Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh  ribu aula. Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk di situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah”

Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya, serta untuk bergaul dengan para ulama orang-orang yang soleh.

Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut daripada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)”

Seolah-olah Allah mengatakan: Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api neraka.